KUIH MINYAK MUDA
KUIH MINYAK MUDA
Bahan-bahan Inti 1 biji kelapa muda 2 ketul Gula Melaka Air secukupnya Sedikit garam Cara Masuk semua bahan ke dalam kuali. Masukkan air sehingga kelapa terendam. Goreng hingga semua bahan kering. Bila kering, masukkan sedikit tepung pulut. Kacau rata. Bila inti dah siap, gentel bulat-bulat. Bahan-bahan Kulit Tepung pukut secukupnya Sedikit air kapur Air secukupnya - asal boleh dibentuk bulat-bula Cara Gentel bulat-bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti ditengah-tengah. Bulatkan semula. Bahan-bahan Kuah Tepung Beras secukupnya - cairkan dengan sedikit air 1 biji kelapa - ambil santan Garam, gula secukupnya Cara Masak santan hingga mendidih. Masukkan tepung beras yang dah dicairkan. Gaul rata Cara membuat Sediakan daun pisang. Masukkan 2 biji bebola yang dah siap berinti. Masukkan 1 atau 2 sudu besar kuah santan tadi. Balut macam balut tapai, sematkan dengan lidi. Kukus sekejap - agak-agak kuih tu dah masak.
Monday, May 13, 2013
BERCAKAP DENGAN JIN
Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang
kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi
pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian
datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti
jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia duduk di
anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang
pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka
orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.
Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik
dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang
kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia
berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak
sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua
kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu.
Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk
berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya.
Dilemparkanya sebelah kiri.
Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan
alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari
serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan
DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam
tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu
dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak
perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu
mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadangkadang
menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya
yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia
pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal
membaca al‐Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan
pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.
Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh
lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya
masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis.
Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak
beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan
seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan
mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia
yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan
mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa
merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.
Thursday, May 9, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)