Pages

Powered by Blogger.

Monday, May 13, 2013

KUIH MINYAK MUDA

                                    KUIH MINYAK MUDA

KUIH MINYAK MUDA Bahan-bahan Inti 1 biji kelapa muda 2 ketul Gula Melaka Air secukupnya Sedikit garam Cara Masuk semua bahan ke dalam kuali. Masukkan air sehingga kelapa terendam. Goreng hingga semua bahan kering. Bila kering, masukkan sedikit tepung pulut. Kacau rata. Bila inti dah siap, gentel bulat-bulat. Bahan-bahan Kulit Tepung pukut secukupnya Sedikit air kapur Air secukupnya - asal boleh dibentuk bulat-bula Cara Gentel bulat-bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti ditengah-tengah. Bulatkan semula. Bahan-bahan Kuah Tepung Beras secukupnya - cairkan dengan sedikit air 1 biji kelapa - ambil santan Garam, gula secukupnya Cara Masak santan hingga mendidih. Masukkan tepung beras yang dah dicairkan. Gaul rata Cara membuat Sediakan daun pisang. Masukkan 2 biji bebola yang dah siap berinti. Masukkan 1 atau 2 sudu besar kuah santan tadi. Balut macam balut tapai, sematkan dengan lidi. Kukus sekejap - agak-agak kuih tu dah masak.

BERCAKAP DENGAN JIN

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri. Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkanya sebelah kiri. Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadangkadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al‐Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya. Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.